Daisypath Anniversary tickers

Pengurusan Pusat Jagaan G

Sehingga hari ini (06 November 2010), Pusat Jagaan G telah mempunyai seramai 18 orang warga tua dan orang kurang upaya. Pusat Jagaan ini juga mempunyai 5 orang pekerja termasuk seorang tukang masak. Kesemua pekerja adalah beragama Islam. Maka, Pusat Jagaan ini amat sesuai untuk pesakit beragama Islam. Namun begitu, kami tetap menerima pesakit beragama lain selaras dengan objektif penubuhan Pusat Jagaan G iaitu membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira status atau kaum.

Pelan ke Pusat Jagaan G


sila right-click untuk gambarajah lebih besar dan untuk menyimpan gambar.

sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-4212400

Pengusaha


Pusat Jagaan G dipunyai oleh sepasang suami isteri - Encik Muhamad Johan bin Abdullah dan Puan Fauziah binti Mohd Desa

Pengusaha : Puan Fauziah binti Mohd Desa

Pengalaman : Berpengalaman di dalam bidang perubatan/kejururawatan selama 21 tahun. Pernah bertugas selama 5 tahun sebagai ketua jururawat di bahagian Geriatric dan Pemulihan Orang-orang Tua di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.

No telefon : 04-4219400 / 019-4212400

Email : fauziahmohddesa[at]yahoo.com.my

Pengenalan Pusat Jagaan


Pusat Jagaan G mula beroperasi pada 28 November 2007. 

Pusat Jagaan ini merupakan sebuah pusat jagaan berkediaman persendirian yang dipunyai oleh warga bumiputera, Puan Fauziah binti Mohd Desa.

Pusat Jagaan G adalah sebuah pusat penjagaan warga tua dan orang kurang upaya. Pusat ini merupakan satu inisiatif untuk membantu masyarakat di dalam menangani masalah penjagaan ahli keluarga tersayang.


Nama Pusat : Pusat Jagaan G

Lokasi : No 308, Jalan BPJ 3A/3A, Bandar Puteri Jaya, 08000, Sungai Petani, Kedah.

No Telefon : 04-4219400 (pej) 019-4212400 (telefon bimbit)

Kemudahan penjagaan yang disediakan ;
- Penjagaan sepenuh di atas
- Lumpuh
- Kesihatan orang tua
- Jagaan harian / 24jam

Pusat Jagaan ini berdaftar di bawah ;

1) Suruhanjaya Syarikat Malaysia
2) Pejabat Kebajikan Masyarakat
3) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
4) Majlis Perbandaran Sungai Petani
5) Pejabat Kesihatan Daerah