Daisypath Anniversary tickers

Pengurusan Pusat Jagaan G

Sehingga hari ini (06 November 2010), Pusat Jagaan G telah mempunyai seramai 18 orang warga tua dan orang kurang upaya. Pusat Jagaan ini juga mempunyai 5 orang pekerja termasuk seorang tukang masak. Kesemua pekerja adalah beragama Islam. Maka, Pusat Jagaan ini amat sesuai untuk pesakit beragama Islam. Namun begitu, kami tetap menerima pesakit beragama lain selaras dengan objektif penubuhan Pusat Jagaan G iaitu membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira status atau kaum.